Saturday 14 July 2012

[FOTO] Pelajar Tingkatan 5 Mati Tergantung

FOTO: Pelajar Tingkatan Lima Ditemui Mati Tergantung

KULIM – Seorang pelajar tingkatan lima ditemui matidalam keadaan tergantung di tapak medan selera yang tidak lagi diusahakan, kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin.

Mayat pelajar berkenaan ditemui penduduk Taman Selasih yang kemudiannya menghubungi polis. Ketua Balai Polis Kulim, Asisten Superintendan Mohd Azlan Abd Kadir berkata, ketika ditemui mangsa memakai baju T dan seluar seragam sekolah.

Dari siasatan awal dijalankan mendapati, sebelum ini mangsa bersekolah di Lunas bagaimanapun terpaksa berpindah ke Kulim.

“Mangsa berusia 17 tahun dan masih bersekolah di tingkatan lima. Mayat mangsa ditemui oleh orang awam dalam keadaan tergantung di mana lehernya terjerut dengan tali nilon.

“Ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mayat mangsa, polis turut menemui sekeping nota yang ditulis mangsa di atas singki berdekatan dengannya, ” katanya.

Menurutnya, dalam nota itu bertulis, ‘tiga nama ini harus berada di hari pengebumian saya’ mayat mangsa kemudiannya di bawa ke bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Hasil maklumat waris mangsa, mangsa merupakan seorang pelajar pintar dan disenangi keluarga.

Mohd Azlan berkata, keputusan bedah siasat menunjukkan mangsa mati tergantung dan polis tidak menemui sebarang perlakuan jenayah terhadap mangsa dan mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut. (Sinar Harian)

Friday 13 July 2012

Ringkasan Kronologi Perang Salib

403864_500646609961349_1474639805_n

Ringkasan Kronologi Perang Salib

  1. Tujuan perang salib dilancarkan oleh kristian(mazhab katolik yg berpusat di Rome) kerana ingin merampas Baitulmaqdis daripada Islam serta ingin menawan konstantinople daripad kristian bermazhab ortodoks(peperangan sesama mereka pd thn 1204 M)..
  2. Perlu di fahami bangsa yg pertama yg menguasai baitulmaqdis adalah yahudi kerana mereka percaya di situ terletaknya pemerintahan Nabi Daud & Sulaiman.Kemudian bangsa Babylon mnguasai Baitulmaqdis,kemudian bangsa Parsi,kemudian Kristian(Rome) pd thn 335 M..
  3. Di masa Rome ini kristian telah membina sebuah Gereja Makam Suci,mngikut kepercayaan mereka di situ tapak Nabi Isa di salib...
  4. Pada tahun 638 M tentera Islam telah membebaskan baitulmaqdis drpd kristian..
  5. Pada tahun 1099 M tentera Kristian kembali menguasai baitulmaqdis & membunuh org2 Islam & yahudi..
  6. Punca yg mempercepatkan perang antara Islam & kristian adalah di sebabkan Khalifah al-Hakim amrillah(daulah Fatimiyah) merobohkan gereja makam suci..
  7. Setelah menguasai Baitulmaqdis,kristian meluaskan jajahan di sekitar baitulmaqdis & panglima Islam yg pertama berhadapan dgn tentera salib adalah Zengi(pemerintah kesultanan Edessa & Aleppo dlm wilayah daulah Abbasiyah).Setelah kematian zengi,di teruskan oleh anaknya Nuruddin..
  8. Di saat Kaherah(wilayah Fatimiyah) lemah kerana pergaduhan sesama mereka, tentera salib mengambil peluang utk menguasai Kaherah,Mesir..
  9. Menteri Fatimiyah meminta bantuan Nuruddin memerangi tentera salib.Menang..
  10. Kemudian tentera salib datang lagi ke kaherah untuk berperang,menteri Fatimiyah meminta bantuan Nuruddin lagi.Nuruddin melantik Syirkuh mengetuai peperangan.. Kalah..
  11. Nuruddin melantik Salahuddin al-Ayubi menggantikan Syirkuh & Salahudin berjaya mengusir tentera salib keluar dari Mesir..
  12. Daulah Fatimiyah menaruh harapan Salahudin memimpin kaherah & melantiknya sebagai menteri..
  13. Salahudin mengambil peluang menghancurkan daulah Fatimiyah setelah kematian Khalifah al-Adid(Khalifah Fatimiyah) untuk mengembalikan mesir di bawah daulah Abbasiyah..
  14. Salahudin kembali memberi tumpuan kepada musuh Islam yg sebenar,tentera salib..
  15. Ekspedisi ke baitulmaqdis berterusan sehingga Salahudin berjaya membebaskan baitulmaqdis drpd Kristian..

Kesan Perang 

  1. Bermulanya zaman Renaissaince di Eropah yakni kebangkitan/kelahiran semula Eropah..
  2. Kebudayaan Islam & Ilmu Islam,perubatan,sains,matematik & senibina Islam di bawa ke Eropah & berkembang di sana..
  3. Kubu-kubu & kota di Eropah berubah menjadi struktur yg lebih kuat & besar..
  4. Bermulanya perang salib gaya baru ke atas umat Islam(perang pemikiran) sehingga kini..
  5. Bagi Islam kekalahan tentera salib adalah kemenangan yg sangat besar,Salahudin diangkat sebagai ikon pahlawan yg sangat hebat..
    :: Daulah Fatimiyah - Bermazhab syiah Ismailiyah
    :: Daulah Abbasiyah - Bermazhab ahli sunnah
    :: Di namakan perang salib kerana tentera Kristian membawa salib ketika berperang sebagai semangat & lambang peperangan agama,mereka berpendapat akan mendapat ganjaran syurga jika mereka mati dlm peperangan..

Wallahua'lam

Thursday 12 July 2012

Parking Kereta Untuk Wanita COOL

Pink....
Di Tianjin China, sebuah pusat membeli belah menyediakan tempat letak kereta khas untuk kaum Hawa. Tempat letak kereta ini dibina bagi menarik lebih banyak pelanggan wanita ke gedung milik mereka. Mereka mendapati lebih ramai wanita datang ke gedung mereka selepas kawasan khas yang diwarnakan dengan cat merah jambu. Tempat letak kereta ini diletakkan berhampiran pintu masuk dan lobi lif bagi mempermudahkan pelanggan wanita untuk terus bershopping. Di Malaysia ada beberapa shopping mall yang menyediakan tempat letak kereta wanita tapi lelaki pun bantai parking. Uncool bro!

sumber_siakapkeli.blogspot.com

Single Is THERAPY

Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.

Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.

Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.

Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.

Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.

Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...

Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.

Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah.

Allah SWT berfirman:

"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)

Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT :)

Wallahualam...

Single Bench HD wallpaper for Wide 16:10 Widescreen WHXGA WQXGA WUXGA WXGA ;

Sumber_iluvislam.com

Wanita warga asing laung takbir ketika ditahan

PENGSAN...wanita warga asing yang pengsan ketika ditahan, semalam.

PELABUHAN KLANG: Seorang wanita warga Indonesia menjerit sambil melaungkan ‘Allahuakbar’ selepas ditahan Jabatan Imigresen dalam Ops 6P di sebuah spa dalam hotel di Persiaran Raja Muda Musa, di sini, semalam.

Wanita berusia 24 tahun itu antara 30 warga asing termasuk enam lelaki warga Myanmar ditahan dalam operasi diketuai Penolong Pengarah Imigresen Pelabuhan Klang, Tarmizi Talib Ali, jam 3.30 petang.

Turut ditahan dua lelaki tempatan berusia 55 dan 52 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan. Selain wanita terbabit, seorang lagi wanita warga Indonesia berusia 24 tahun pengsan dalam lori Jabatan Imigresen kerana terlalu takut selepas ditahan. Timbalan Pengarah Imigresen Selangor, Azrul Izham Hamzah berkata, operasi itu menahan 18 warga Indonesia, China (enam) dan enam warga Myanmar berusia 22 hingga 30 tahun. “Semua wanita terbabit bekerja sebagai tukang urut di spa hotel berkenaan dan disyaki menawarkan khidmat seks manakala enam lelaki itu pula bekerja sebagai penjaga spa berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Azrul berkata, spa terbabit mengenakan caj RM68 sejam untuk satu sesi urutan selain menyediakan khidmat seks pakej berharga RM188, RM480 dan RM600 bergantung kepada usia dan rupa paras wanita itu. Beliau berkata, pihaknya membuat intipan selama seminggu di premis itu selain mendapat maklumat awam.

“Jika dilihat kepada kehidupan mereka, kami percaya mereka mangsa sindiket pemerdagangan orang kerana hidup berkurung dan diawasi setiap masa dan penjaga tidak membenarkan mereka tinggal di luar.

“Mereka hidup dalam keadaan bersesak berikutan ditempatkan beramai-ramai di dua bilik hotel yang dijadikan rumah mereka,” katanya Azrul berkata, dua lelaki tempatan itu disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010).

Semua warga asing itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

sumber_metro

Tiada Kaitan Dengan Kumpulan AJARAN SESAT

amuk

#Suspek Serangan Kompleks JPM Putrajaya Disahkan Meninggal Dunia#

KUALA LUMPUR — Dua individu yang mengamuk di perkarangan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya Isnin lepas, bertindak sendiri tanpa ada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat, kata polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki terbabit Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, bertindak secara berseorangan dan mengaku dirinya sebagai Imam Mahadi.

“Siasatan setakat ini mendapati tidak ada penglibatan dengan mana-mana kumpulan ajaran sesat yang lain,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, susulan kes itu, polis menahan reman seorang lelaki berusia 39 tahun sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.— BERNAMA

Kapal Mewah Karam!!

Sebuah bot mewah berharga $3.2 juta (RM 10.17juta) dilaporkan karam di Pelabuhan Lake Tahoe. Kapal mewah tersebut, Sierra Rose dilaporkan separuh tengglema dan punca kejadian masih belum diketahui. Bot mewah tersebut dilaporkan baru dibeli oleh pemiliknya.

Saksi mengatakan mereka terdengar bunyi letupan dan seseorang menjerit sebelum kapal tersebut mula tenggelam. Tiada yang cedera dalam kejadian tersebut dan dilaporkan hampir sedozen penumpang berada dia dalam kapal tersebut.

Pada malam kejadian, pemilik kapal mewah tersebut dikatakan memandu kapaol tersebut.

Sierra Rose merupakan bot mewah terbesar di Utah Lake . Ia dilengkapi landasan helikopter sendiri, spa. dan berbagai lagi . Penumpang boleh menyewa Sierra Rose dengan harga $2000 untuk satu malam.

Namun bot mewah terbabit mendapat kritikan kerana rupanya yang boleh dianggap "hodoh" dan tidak menepati piawaian bot mewah .

Wednesday 11 July 2012

Pejam Mata Dalam Solat [Hukum]

Secara umumnya apabila seseorang itu bersolat, pandangan yang harus diletakkan adalah di bahagian bawah seperti memandang sejadah. Namun cara itu berbeza kerana ada juga yang gemar memejamkan mata ketika sedang menunaikan solat walaupun memandang ke bawah.

Pandangan menutup mata ini pernah dibahaskan sebelum ini oleh para ulama mengenainya. Namun, apakah hukumnya jika kita memejamkan mata ketika solat ini? Ikuti ulasan di bawah ini.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa memejamkan mata dalam solat adalah makruh hukumnya. Tetapi Imam Ibnul Qayyim mengatakan: Pendapat yang benar ialah, apabila membuka mata itu tidak mengurangi khusyuk maka itulah yang lebih utama, dan jika ada yang mencederakan khusyuk seperti terpandang hiasan-hiasan yang membimbangkan nescaya tidaklah dimakruhkan memejamkan mata bahkan disunatkan. Kita memejamkan mata dalam keadaan itu lebih dekat kepada dasar-dasar syarak dan maksud-maksudnya.

Tujuan solat pada asasnya melakukan pengabdian sepenuh hati dan penuh ikhlas kepada Allah. Sekiranya memejamkan mata adalah merupakan jalan atau cara yang sesuai untuk itu maka lakukanlah, demikian juga sebaliknya.

Tuesday 10 July 2012

Disable Right Click Without Alert

Assalamualaikum.

Sudah lama tak buat tutorial blogspot ni.Mungkin sibuk sikit sejak belakangan ini.Tapi apa-apa pun admin ingin kongsikan satu tutorial di mana cara untuk Disable Right Clik dalam blogspot.Caranya mudah saja.Cuma ikuti langkah berikut dengan teliti.

1.Login ke Dashboard Blogger > Layout > Add gadgets > HTML/JavaScript

2.Copy kod di bawah, dan paste ke dalam HTML/JavaScript korang

<script language=JavaScript>
<!--
//Disable right click script III- By Renigade (renigade@mediaone.net)
//For full source code, visit http://www.dauspozi.com
var message="";
///////////////////////////////////
function clickIE() {if (document.all) {(message);return false;}}
function clickNS(e) {if
(document.layers||(document.getElementById&&!document.all)) {
if (e.which==2||e.which==3) {(message);return false;}}}
if (document.layers)
{document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);document.onmousedown=clickNS;}
else{document.onmouseup=clickNS;document.oncontextmenu=clickIE;}
document.oncontextmenu=new Function("return false")
// -->
</script>

3. Save dan View Blog korang. Siap!

Peringatan : CTRL + C masih boleh digunakan untuk copy.

Selamat Mencuba!!

Suhu Planet Melebihi suhu Matahari??

Ahli astronomi yang terlibat dalam projek Super Wide Angle Search for Planets (SuperWASP) telah berjaya menemui planet terpanas yang dikenali sebagai WASP-33 b. Suhu planet tersebut mencapai 3,200 darjah Celcius, lebih panas daripada suhu beberapa bintang.

matahari

Salah satu sebab yang menyebabkan panasnya suhu planet itu adalah suhu bintang induknya yang juga panas. Ahli astronomi mengatakan, suhu bintang induk planet itu adalah setinggi 7,160 darjah Celsius, lebih tinggi daripada suhu matahari yang “hanya” 5,600 darjah Celsius. Jarak antara planet ini dengan bintangnya juga hanya 7 peratus jarak planet Mercury ke Matahari.

Kewujudan planet itu telah diketahui sejak tahun 2006 yang lalu namun baru dapat dipastikan pada tahun 2010. Dikatakan, planet tersebut tergolong dalam sejenis planet gas dengan kapasiti kurang dari 4.1 kali kapasiti Jupiter.

Kajian tentang planet ini diketuai oleh Alexis Smith dari Universiti Keele di Stafordshire, England. Berdasarkan kajian, ahli astronomi juga mengetahui bahawa waktu peredaran planet ini sangat singkat, iaitu hanya 29.5 jam.

Drake Demming dari Goddard Space Flight Center NASA di Greenbelt, Maryland yang tidak terlibat dalam penyelidikan ini mengatakan, “WASP-33 b boleh membantu ahli astronomi mengkaji planet panas yang ciri-cirinya masih lagi misteri.”

Hal yang boleh dipelajari misalnya ada planet yang berorbit dekat dengan bintangnya yang memiliki lapisan atmosfera luar lebih sejuk dari lapisan dalamnya. Ini mengejutkan kerana planet tersebut seperti “dipanaskan” dari luar.

Deming mengatakan, fakta itu ada kaitan dengan wujudnya keadaan asas karbon yang mengubah cara atmosfera memberi respons kepada radiasi. Keadaan kimia tertentu boleh terbentuk akibat sinar ultraviolet dari bintangnya.

“Ini pasti akan menjadi planet yang ingin anda lihat. Ini adalah peluang yang sangat baik untuk kita mengkaji planet yang mengorbit pada bintang yang terlalu panas,” ucap Deming dalam sebuah sesi wawancara dengan majalah New Scientist.

Monday 9 July 2012

Suspek Serangan Kompleks JPM Putrajaya Disahkan Meninggal Dunia

311607_333400410080141_2004157208_n

KUALA LUMPUR – Salah seorang suspek kes serangan ke atas Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya petang tadi.

306604_498100670204302_437643732_n

Bagaimanapun identiti lelaki itu belum diketahui.

Seorang lagi suspek, seorang wanita, yang juga ditembak kini sedang dirawat di hospital yang sama.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, kedua-dua mereka mengamuk sambil melibaskan parang kearah anggota polis bantuan yang berkawal di kompleks tersebut.

Berikut adalah kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia mengenai insiden berkenaan;

Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.

Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.

Saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.

Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.

Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.

Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.

Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.

Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.

Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.

Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.

Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya.

Didapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.

Saspek lelaki telah meninggal di hospital.

Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya. (Facebook PDRM).

Sunday 8 July 2012

Awas!! Semasa Menggunakan Earphone!!

Memang menjadi satu fenomena biasa pada hari ini apabila melihat remaja dan generasi muda memakai fon telinga di telinga mereka. Gaya hidup digital telah menular dalam kalangan remaja sejak tahun 1990-an lagi. Perkembangannya ini semakin rancak seimbang dengan peningkatan teknologi iaitu pengguna menggunakan MP3 menerusi telefon bimbit, iPod, komputer, PDA, USB, walkman dan sebagainya.

Budaya ini bagaikan tsunami yang melanda gaya hidup remaja. Kebanyakan mereka menghabiskan masa seharian tanpa jemu dengan alat-alat kecil ini.

Tambahan pula, terbaru dilaporkan terdapat MP3 yang mampu tahan lebih lama tanpa perlu selalu dicas dengan ruang simpanan fail muzik yang lebih banyak.

Kebanyakan penggemar MP3 mungkin mengetahui kesan bahawa mendengar muzik dengan bunyi kuat akan merosakkan pendengaran. Kajian menunjukkan kerosakan pendengaran disebabkan muzik yang kuat yang ditentukan oleh tempoh masa mendengar MP3. Ia membawa maksud sekiranya penggemar MP3 merendahkan bunyi muzik /MP3, mereka masih terdedah dengan kehilangan pendengaran sekiranya masih memasang fon telinga untuk tempoh masa yang panjang.

Menurut kajian dari British, 39% remaja berumur 18 hingga 24 tahun mendengar muzik sekurang-kurangnya satu jam sehari sehingga 105 disibel. Remaja ini telah mendedahkan telinga mereka pada satu tahap bunyi bising dan kadaran sepatutnya adalah tidak melebihi 25 minit setiap minggu. Penggemar perlu mengetahui maklumat kadar paras bunyi disibel pada peralatan MP3 tersebut sebelum membeli dan kadar pendengaran normal adalah antara 0 hingga 20 desibel.

Pengguna dan penggemar MP3 perlu mempertimbangkan penggunaan dan mengenalpasti kesannya kepada telinga. Kemungkinan remaja boleh kehilangan pendengaran pada usia yang muda sekiranya tidak didedahkan tentang kesan menggunakan MP3 ini. Industri pengeluar MP3 diharapkan lebih bertanggungjawab dengan mengambil kira risiko dan kesan akibat pengeluaran MP3 yang tidak berkualiti tanpa meletakkan sebarang tanda amaran pada pembungkusan produk.

Di Malaysia, pengeluar boleh mengguna pakai standard MS 301 489-6:2009 Specific Conditions for Digital Enhance Cordless Telecommunications (DECT) Equipment sebagai panduan dalam produk digital seumpama ini.

Tip Penggunaan MP3

Langkah 1 : Rendahkan bunyi muzik MP3
Mulakan dengan merendahkan bunyi muzik pada tahap 10 ke tahap 9 atau 8. Sekiranya anda telah dapat menerima tahap bunyi ini, cuba rendahkan kepada tahap seterusnya. Mungkin pada awalnya agak sukar tetapi ia adalah tidak mustahil.

Langkah 2 : Kurangkan masa dedahan dan frekuensi
Setelah anda rendahkan bunyi muzik, latih telinga anda untuk berehat setiap 10 hingga 15 minit. Nikmati bunyian di sekeliling anda, sama ada anda berada di dalam kesesakan atau sedang berjogging. Seterusnya, anda boleh mengurangkan masa menggunakan fon telinga seperti contoh sebelum ini anda menggunakannya 1 jam sehari dan mengurangkan kepada 30 minit sehari. Jika anda telah selesa pada tahap ini, cuba kurangkan kekerapan mendengar MP3 kepada beberapa hari.

Langkah 3: Membuat ujian pendengaran secara berkala
Jadikan langkah ini sebagai satu kebiasaan dan lakukan ujian pendengaran sekurang-kurangnya setahun sekali. Anda harus mengambil tangungjawab untuk menjaga kesihatan telinga anda bagi menghalang kesan-kesan negatif yang boleh mempengaruhi kehilangan pendengaran.

Dipetik dari Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

sumber_nizarazu.com

IKLAN ANTI-MEROKOK YANG TERBAIK!!!

VIDEO: Iklan Anti Merokok Thailand Di Youtube Disebut Sebagai Yang Terbaik Di Dunia

Sebuah video iklan anti-merokok di Thailand menerima banyak pujian setelah dimuat ke laman web Youtube. Dalam video itu diperlihatkan dua anak kecil berpura-pura meminjam mancis buat menyalakan rokok tapi ditolak mentah-mentah oleh para perokok dewasa.

Sejak dimuat pada 21 Jun lalu oleh pemilik akaun EyadAlasibi, video itu sudah disemak lebih dari dua juta orang. Tercatat 18 ribu orang lebih menyukai isi tayangan itu dan yang menuliskan pendapat dalam kolom komentar hampir dua ribu orang.

Tayangan video berjudul Smoking Kid dibuat oleh Yayasan Promosi Kesihatan Thailand. Di awal terlihat beberapa perokok dewasa sedang asyik merokok. Mereka tidak sedar sedang diambil gambar lantaran dilakukan dengan kamera tersembunyi.

Tiba-tiba saat sedang asyik mengepulkan asap kenikmatan, masing-masing perokok di tempat berbeza itu didatangi kanak-kanak, satu lelaki dan perempuan. Perokok dewasa, lelaki dan perempuan, terkejut ketika si budak hendak meminjam maancus sambil mengeluarkan sebatang rokok.

Lucunya para perokok dewasa itu tidak mahu meminjamkan mancis kepada para budak itu. Bahkan dalam salah satu adegan, seorang perokok wanita mengatakan hal itu tidak baik untuk kesihatan dan menyuruh kanak-kanak itu berhenti merokok. Ada salah satu perokok lelaki sempat menceramahi budak itu jika kegiatan merokok itu boleh menyebabkan kanser, emfisema, stroke, dan lain-lain.

Saat asyik menceramahi, tiba-tiba para budak itu balik bertanya, “Jadi kenapa anda merokok?” Langsung saja para perokok dewasa itu tidak terkata menghadapi soalan itu. Sejurus kemudian, anak lelaki dan perempuan itu menyodorkan sebuah kertas mengandungi kalimat berbunyi, ‘anda peduli dengan saya. Lalu kenapa anda tidak peduli dengan diri anda? Ingatkan diri anda adalah langkah yang paling berkesan buat berhenti merokok. ‘

Setelah kedua-dua anak kecil itu meninggalkan masing-masing perokok, mereka pun terdiam. Ekspresi wajah mereka berbeza-beza. Ada yang terkejut, terdiam, menggaru kepala, dan langsung memasukkan kertas itu terus ke saku seluar

p/s: Jangan bagi nasihat saja,Walaupun tak mampu ubah sikap diri sendiri.

sumber_tabekpuang.blogspot.com

Daging Manusia Dijual

bunuh manusia, jual daging manusia, potong daging manusia, lelaki hilang dibunuh, kampung yang makan daging manusia, daging manusia dijual di barat daya china, ganas, bunuh untuk jual daging manusia, potong untuk jual daging manusia, 20 lelaki dibunuh dab dipotong daging untuk dijual, ganas daging manusia dijual, gambar daging manusia dijual, manusia kena bunuh, orang yang makan daging manusia, daging manusia yan dipotong untuk dijual

BEIJING: Polis di barat daya China, menahan seorang lelaki disyaki membunuh lebih 20 remaja lelaki dan

memotong badan mereka untuk dijual.
Laporan media Hong Kong dan China mengatakan, polis membuat penemuan ngeri itu ketika menyiasat kehilangan beberapa remaja lelaki di wilayah Yunnan sejak beberapa tahun lalu.
Laman web Guanxi News melaporkan, Zhang Yongming, 56, ditahan dua minggu lalu di rumahnya di Kampung Nanmen di Yunnan dan kini disiasat di atas pembunuhan remaja 19 tahun lewat April lalu dan

kehilangan lelaki lain.
Polis menyiasat rumah Zhang dan menjumpai telefon bimbit, kad bank dan beberapa bukti yang lain.
Laman web itu berkata, berpuluh remaja lain hilang dari kampung itu sejak beberapa tahun lalu.
Katanya, Zhang seorang yang hidup bersendirian, tidak pernah bercakap dengan jirannya, pernah merengkuk di penjara selama 20 tahun kerana membunuh.

Di kampung itu dia dikenali sebagai “raksasa yang makan daging manusia.”
Laporan media itu turut memetik kata-kata jiran yang berkata, mereka nampak tulang putih terkeluar daripada beg plastik hijau yang digantung di rumahnya.

Akhbar Hong Kong, The Standard, melaporkan, polis menemui mata manusia yang disimpan di dalam botol wain, seperti “wain ular” dan potongan daging yang kelihatan seperti daging manusia digantung untuk dikeringkan, di rumah Zhang.

Polis berkata, Zhang mungkin memberi makan daging manusia kepada tiga anjingnya dan menjual daging bahagian lain di pasar dengan mengatakan ia daging “burung unta.”

Polis tempatan enggan memberi komen dan berkata maklumat akan diberi pada “masa yang sesuai” dan hampir semua laporan mengenai kes itu ditarik balik daripada laman web China, semalam.
Carian atas talian untuk “kehilangan di Yunnan” juga diblok.

Agensi berita rasmi Xinhua berkata, Beijing menghantar pasukan khas ke Yunnan untuk memantau siasatan kehilangan remaja tetapi tidak merujuk kepada butir mengerikan yang terkandung dalam laporan lain.
Polis berkata, keluarga mangsa pada mulanya menyangka mereka diculik dan dipaksa bekerja di kilang membuat batu.

Dua ketua polis dipecat dan kerajaan menggesa supaya kes itu diselesaikan dengan cepat. – AFP