Friday 1 June 2012

Cara Nak Dapat Blog ID

1. Login > New Post.

2. Nanti dia akan keluar macam ini.

Capture

so korang COPY la no tu….

Cara Nak Dapat Blog ID

1. Login > New Post.

2. Nanti dia akan keluar macam ini.

Capture

so korang COPY la no tu….

Tuesday 29 May 2012

MAS Terima Pesawat A380 Hari Ini

800x600_1336649098_A380_MAS_taxiing-565x392

Pesawat terbesar dan paling mesra alam di dunia, Airbus A380, yang kini menjadi milik Malaysia Airlines (MAS), dijangka mendarat di bumi Malaysia pada jam kira-kira 3.00 petang ini.

MAS telah menerima serahan pesawat pertama A380 itu, daripada enam yang ditempah, pada Selasa dan kini menjadi pengendali ke-lapan pesawat penumpang itu.

Ketua Pegawai Operasi, Airbus Fabrice Brégier telah menyerahkan pesawat itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya di Toulouse.

Pesawat yang menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 900, menyediakan ciri-ciri premium tiga kelas, yang boleh membawa seramai 494 penumpang.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan ialah tempat baring rata sepenuhnya dalam Kelas Pertama dan Perniagaan, serta tempat duduk lebih lebar yang baru pada Kelas Ekonomi.

Tempat duduk dalam kesemua kelas dilengkapi dengan sistem hiburan individu dalam penerbangan, USB port dan kemudahan telefon satelit.

Ahmad Jauhari, yang membuat pemeriksaan bagi kali pertama pesawat itu, jelas sangat teruja.

“Pesawat A380 ini akan menjadi pesawat perdana dengan menawarkan produk dan perkhidmatan premium terbaharu, yang menawarkan tahap keselesaan, kemewahan dankemudahan terbaharu bagi penerbangan jarak jauh,” katanya.

Sejak memasuki perkhidmatan pada 2007, A380 mencatatkan rekod melangkaui jangkaan, dengan menerbangkan lebih ramai penumpang pada jarak lebih jauh dan pada kos yang lebih rendah, sambil mengurangkan pengeluaran karbon secara signifikan.

A380 berupaya terbang sejauh 8,300 batu nautika atau 15,300 kilometer.

Ini membolehkannya melakukan perkhidmatan tanpa henti dengan muatan penuh dari Kuala Lumpur ke mana-mana destinasi di Eropah atau perkhidmatan sehenti kedestinasi utama di Amerika Syarikat.

Kemunculan sulung pesawat komersil superjumbo itu dijadualkan pada 1 Julaimengikut jadual tiga kali seminggu pada laluan KL-London (MH002/MH003) sebelummelakukan perkhidmatan harian pada Ogos.

Malaysia Airlines akan turut memperkenalkan A380 pada laluan Sydney-Kuala Lumpur mulai 25 September pada perkhidmatan harian MH122/123, bagi menggantikan jadual semasa menggunakan pesawat Boeing 747-400. – BERNAMA

[Gambar] Akuarium Terbesar

Aquarium Georgia, yang terletak di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat merupakan akuarium terbesar di dunia dengan lebih daripada 8.5 juta gelen air laut segar dan lebih daripada 120,000 haiwan daripada 500 spesies yang berbeza.Dibuka kepada orang ramai pada 23 November 2005, akuarium ini menelan belanja $ 290 juta USD sebagai kos pembinaan.

Men In Black 3 no.1di Amerika Utara

GAMBAR oleh Sony Pictures menunjukkan Tommy Lee Jones (kiri) dan Will Smith dalam satu adegan Men in Black 3.

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Filem daripada francais Men In Black, Men In Black 3 mengungguli carta box office sepanjang tayangan hujung minggu lalu di Amerika Utara, jelas anggaran industri perfileman kelmarin.

Menurut agensi data kutipan tiket, Exhibitor Relations, filem tersebut berjaya mengutip AS$70 juta (RM221 juta) selepas empat hari ditayangkan.

Men In Black 3 diterajui dua aktor terkenal, Will Smith dan Tommy Lee Jones sebagai ejen rahsia yang memerangi makhluk asing yang tinggal secara haram di Bumi.

Francais tersebut mengetepikan filem The Avengers yang jatuh ke tempat kedua dengan kutipan jualan tiket AS$46.9 juta (RM148 juta).

Secara keseluruhan, The Avengers mencatat kutipan mencecah AS$1.295 bilion (RM4.1 bilion) di seluruh dunia setakat ini.

Filem perang Battleship pula menduduki tangga ketiga dengan kutipan AS$13.8 juta (RM43.5 juta).

Di tempat keempat dengan jualan tiket AS$11.8 juta (RM37.2 juta) ialah filem komedi The Dictator yang dibintangi oleh pelawak, Sacha Baron Cohen. - AFP

Tomok Bergelar Ayah

9c95b654a98b11e180c9123138016265_7

BAYI sulung Tomok yang dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur semalam.

Isteri kepada penyanyi Tomok selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak di sini petang semalam.

Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28, bayi sulungnya itu selamat dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi.

Tahniah kepada Tomok yang kini sudah bergelar ayah dengan kelahiran anak sulungnya lewat petang tadi. Tomok dan isteri, Ayu telah dikurniakan bayi lelaki kira-kira jam 6.03 petang tadi.

Cahaya mata yang belum diberi nama itu dilahirkan dengan berat 3.03 kilogram. Melalui akaun Twitternya, Tomok juga telah berkongsi wajah comel anak kesayangannya itu

Kronologi Kes Penyembelihan Haulah oleh Tentera Bashar

Tragedi paling tragis sejak 15 bulan berlakunya kebangkitan rakyat di Syria ini berlaku di Kampung Taldou, Haulah. Kampung Taldou terletak kira-kira 2 km daripada Bandar Haulah yang terletak di wilayah Homs, yang merupakan di antara wilayah yang paling teruk dibom dan diserang oleh rejim Basyar.

Mangsa Korban:

  • Mengorbankan 114 orang awam.
  • Seramai 55 orang kanak-kanak gugur syahid.
  • Seramai 59 orang wanita yang gugur syahid.

Walaubagaimanapun, bilangan secara tepat mungkin bertambah daripada ini kerana masih ada yang belum dilaporkan dan ditemui.

Kronolgi Ringkas:

  • Jumaat (25 Mei 2012), rakyat Syria di Kampung Taldou, Haulah keluar berkumpul menyatakan bantahan mereka terhadap kezaliman yang dilakukan oleh rejim.
  • Selepas solat Jumaat, masyarakat awam di Haulah keluar beramai-ramai sebagaimana juga di beberapa tempat di Syria seperti, Damsyiq, Aleppo dan kota-kota utama lainnya.
  • Kira-kira jam 1 petang selepas selesai solat Jumaat, sedang masyarakat awam berkumpul, mereka disuraikan secara kasar oleh tentera rejim dengan tembakan rambang kepada masyarakat dan kelihatan juga kereta kebal yang digunakan oleh tentera rejim.
  • Serangan bertubi-tubi tentera rejim kepada masyarakat awam yang tanpa senjata itu berterusan hampir 2 jam dan mengorbankan 3 nyawa ketika itu.
  • Masyarakat awam terpaksa bersurai kerana dibimbangi semakin ramai yang akan dibunuh oleh rejim yang semakin menggila.
  • Tidak cukup dengan serangan yang dilakukan, tentera rejim menghantar syabih (tali barut rejim yang berpakaian biasa) untuk menyerbu rumah-rumah di Kampung Taldou, Haulah. Mereka membunuh dan menyembelih setiap daripada masyarakat awam termasuk anak-anak kecil yang tidak berdosa.
  • Tragedi paling tragis itu berlaku bermula jam 4 petang (Jumaat, 25 Mei) sehingga jam 1 pagi (Sabtu, 26 Mei) tanpa henti yang mengorbankan 114 masyarakat awam (mungkin bertambah).

Pihak yang bertanggungjawab

  • Pihak tentera rejim Syria.’
  • Syabih (Tali barut Basyar).

Nota : Teruskan berdoa agar Allah menghancurkan rejim Basyar dan sekutunya di atas segala kezaliman yang telah mereka lakukan kepada rakyat Sunni di Syria.

Sumber_Metro

Justin Bieber Diburu Polis, Dituduh Serang Jurugambar

Justin-Bieber-Diburu-Polis

LOS ANGELES – Justin Bieber dikehendaki polis Los Angeles untuk disoalsiasat selepas dituduh menyerang seorang jurugambar.

Mangsa menelefon 911 semalam dan mengadu sakit di muka dan dada selepas satu pergelutan.

Polis yang didakwa menyiasat kejadian itu sebagai kes jenayah berkata, mereka mahu menyoal Bieber untuk mengetahui cerita daripada pihaknya memandangkan penyanyi popular remaja itu meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba.

Leftenan Robert Wiard dari Jabatan Syerif LA County berkata, kejadian berlaku apabila mangsa cuba merakam gambar Bieber dan teman wanitanya, Selena Gomez ketika mereka meninggalkan sebuah pawagam di Calabasas, California.

Menurut polis, jurugambar itu dibawa ke hospital untuk dirawat sebelum dibenarkan pulang.

Bieber yang tertinggal kasut dan topi besbol selepas pergelutan itu, dan Selena, meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba.

Satu sumber memberitahu laman web Amerika Syarikat: “Anggota paramedik Los Angeles County tiba di Calabasas Commons sementara Jabatan Bomba dan polis tiba tidak lama kemudian selepas pergaduhan Bieber dengan seorang paparazi.

“Pengawal peribadi Bieber juga tiba sementara jurugambar itu menerima rawatan yang kelihatan seperti serangan pada mukanya.”

Bieber dikatakan hilang sabar dan menyerang jurugambar berkenaan apabila dia enggan berhenti daripada menghalang kereta penyanyi itu.

Minggu lalu, penyanyi lagu Boyfriend itu mengaku, dia hampir meninggalkan kariernya kerana tekanan yang dihadapi akibat terlalu popular.

Dia memberitahu majalah The Hollywood Reporter: “Saya sering mahu berkata, ‘Cukup setakat in. Saya tidak mahu lakukannya lagi.’” – DM

Sumber_ mynewshub.my

Kelebihan Membaca Ayat Seribu Dinar

Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan,

1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Khasiat Ayat Seribu Dinar
  1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
  2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
  4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudarat dari sebarang benda yang bahaya.

    Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.

    1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
    2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
    3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Sumber_sitiatikah.com

Monday 28 May 2012

Gaji Nazmi sebulan RM300,000?

nazmi

JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.
Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.

Sumber_Sinar Harian

Pembunuhan di Syria dikutuk

Gambar dikeluarkan saluran televisyen pembangkang Shaam News Network, menunjukkan mayat seorang kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki diletak di atas sebuah kenderaan pemantau PBB di bandar Houla, kelmarin. - AFP

KUWAIT CITY 27 Mei - Menteri-Menteri Luar Liga Arab akan mengadakan mesyuarat tergempar berhubung pembunuhan beramai-ramai seramai 92 rakyat Syria termasuk 32 kanak-kanak oleh tentera rejim yang disahkan pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Presiden semasa blok itu, Kuwait hari ini.

"Kuwait akan menghubungi anggota Liga Arab untuk mengadakan satu mesyuarat tergempar bagi mengkaji situasi dan mengambil langkah-langkah bagi menamatkan penindasan ke atas rakyat Syria,'' kata kementerian luar Liga dalam satu kenyataan yang dipetik agensi beritaKUNA.

Pada masa sama, Kuwait turut mendekati peringkat serantau dan antarabangsa 'bagi mendesak masyarakat antarabangsa memikul tanggungjawab untuk menghentikan pertumpahan darah' di Syria.

Semalam, PBB mengesahkan dakwaan aktivis hak asasi Syria bahawa seramai 92 orang termasuk 32 kanak-kanak terbunuh dalam serangan ke atas bandar Houla, dipercayai dilakukan tentera kerajaan.

Ketua pemerhati PBB di Syria, Robert Mood menyifatkan peristiwa itu sebagai 'tragedi kejam' selepas anggota pertubuhan melawat bandar berkenaan bagi menilai sendiri situasi di situ.

Lawatan itu dibuat selepas laporan aktivis mendakwa lebih 100 orang terbunuh sewaktu tentera kerajaan menyerang hebat kawasan tersebut pada Jumaat malam lalu.

Menurut aktivis Syria, insiden letupan dan tembakan kedengaran di Houla, 200 kilometer dari utara Damsyik sejurus pasukan pemerhati tiba di bandar itu.

Pembunuhan beramai-ramai itu merupakan satu daripada kejadian terburuk berlaku di Syria selepas 15 bulan kebangkitan rakyat negara tersebut menentang kerajaan.

Tentera Pembebasan Syria (FSA) dalam pada itu menggesa PBB melaksanakan tanggungjawabnya dan menghentikan keganasan di Syria kerana jika tidak, pertubuhan itu akan gagal melaksanakan gencatan senjata yang dianjurkan Duta PBB-Liga Arab, Kofi Annan.

Annan dan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam kenyataan berasingan dari Geneva dan New York turut mengutuk pembunuhan itu.

"Jenayah yang mengerikan dan kejam melibatkan penggunaan tentera secara sembarangan dan tidak seimbang ini adalah melanggari undang-undang antarabangsa secara terang-terangan serta komitmen kerajaan Syria untuk tidak menggunakan senjata berat di penempatan penduduk dan melakukan keganasan dalam sebarang bentuk.

"Mereka yang melakukan jenayah ini perlu bertanggungjawab,'' kata kedua-dua pemimpin itu sambil menyeru Presiden Bashar al-Assad supaya menghentikan penggunaan senjata berat dan keganasan di seluruh negara. - AFP/DPA

Sumber_Utusan

Senarai Penerima Tender Nombor Plate WWW Dikeluarkan

PETALING JAYA –  Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan “WWW 1″, dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat “WWW 5″, dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat “WWW 15″.

Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.

Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan “MCA 1″ pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.

Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.

Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan “WWW”, yang merupakan singkatan bagi “World Wide Web”.

[Video & Gambar] Tragedi Himpunan Belia 2012

Ketika para belia sedang asyik menyaksikan acara Drag Racing di Putrajaya, sebuah kereta yang disyaki hilang kawalan telah melanggar penonton di bahagian kanan sebelah pembahagi jalan.

Tragedi Himpunan Belia 2012 – Dua Penonton Cedera Parah | Hari ini merupakan hari terakhir bagi program Himpunan Jutaan Belia 2012 yang telah berlangsung sejak dari 23 Mei lalu di Putrajaya.  Pada masa yang sama, ada satu tragedi rempuhan telah berlaku di Himpunan Sejuta Belia sekitar jam 12.30-2.00 pagi tadi iaitu di dalam acara Drag Racing anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi. Boleh tonton video di atas. Aksi rempuhan adalah minit ke 5.20.

sumber_Melayukini.net